mcmc
Laporan AktivitiMaklumat Pi1MPendidikan

Tiny Techies – Kelas Ulangkaji Microbit Robotik

LAPORAN AKTIVITI

Program: Tiny Techies – Kelas Ulangkaji Microbit Robotik
Tarikh: 7 Februari 2026 (Sabtu)
Masa: 2.00 petang – 3.00 petang
Platform: Nadibook
Bilangan Peserta: 3 orang pelajar sekolah rendah

1. Pengenalan

Kelas ini bertujuan memperkenalkan cara membina kalkulator mudah (simple calculator) menggunakan Microbit melalui platform MakeCode. Pelajar didedahkan kepada penggunaan pembolehubah (variables), fungsi butang dan operasi tambah.


2. Objektif

  • Memahami konsep pembolehubah (variables).
  • Menggunakan butang A, B dan A+B sebagai kawalan input.
  • Membina atur cara operasi tambah.
  • Memaparkan hasil pengiraan pada skrin LED Microbit.

3. Aktiviti Yang Dijalankan

a) Penerangan Asas
Guru menerangkan fungsi butang pada Microbit serta konsep pembolehubah untuk menyimpan nombor.

b) Membina Kod
Pelajar menghasilkan kod seperti berikut:

  • Button A → Tambah nilai nombor pertama.
  • Button B → Tambah nilai nombor kedua

c) Ujian dan Penambahbaikan
Pelajar menguji program yang dibina dan memastikan paparan jawapan adalah betul.


4. Penglibatan Pelajar

Kesemua pelajar dapat mengikuti langkah dengan baik dan berjaya menghasilkan simple calculator masing-masing. Pelajar menunjukkan minat serta kefahaman yang baik terhadap konsep asas pengaturcaraan.


5. Kesimpulan

Secara keseluruhannya, kelas berjalan lancar dan objektif tercapai. Pelajar berjaya memahami cara membina kalkulator mudah menggunakan Microbit serta mengaplikasikan konsep pembolehubah dan operasi matematik asas dalam pengaturcaraan.