mcmc
Maklumat Pi1M

Maklumat PI

PUSAT EKONOMI KELUARGA DIGITAL (PEDi) telah mula beroperasi pada Januari 2008. Sebelum ini, ia lebih dikenali sebagai PUSAT JALUR LEBAR KOMUNITI KG BERUAS (Community Broadband Centre) sebelum namanya ditukar pada tahun 2012 menjadi PUSAT INTERNET dan sekali lagi ia telah bertukar menjadi PUSAT EKONOMI DIGITAL (PEDi) pada tahun 2022.

 

Kewujudan PEDi  ini merupakan projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) dibawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberikan fokus kepada perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar. 

 

VISI DAN MISI

 

Visi

Menjadikan PEDi sebagai “ONE STOP DIGITAL CENTRE” yang dapat dilestarikan ke arah membina kewibawaan sosio-ekonomi setempat.

 

Misi

Mencapai visi PEDi  dengan menjadi AGEN TRANSFORMASI melalui :

  • Program latihan dan pembangunan terancang untuk membina keupayaan, kemahiran, ilmu dan kebolehan petugas dan komuniti.
  • Penggunaan teknologi bersesuaian yang dapat menggunakan aplikasi terkini yang boleh dimanfaatkan oleh komuniti.
  • Penambahbaikan proses kerja secara berterusan supaya sistem pengurusan akan lebih mantap.

 

 Lat Long : 3.5329410,103.4420630

KEMUDAHAN 

 Antara kemudahan-kemudahan yang disediakan ialah :

  • Perkhidmatan Pencetakan (Hitam/Warna)
  • Fotokopi (Hitam/Warna)
  • Liminate 
  • Binding
  • Scan
  • Menaip Surat

 

WAKTU BERURUSAN/BEROPERASI

Dibuka 7 hari seminggu kecuali cuti umum

9.00 Pagi – 6.00 Petang

PETUGAS

NAMA : SITI SARAH BINTI SH OTHMAN

JAWATAN : PENGURUS

TARIKH BERKHIDMAT : 03 APRIL 2017

NAMA : NURUL HUDA BINTI AB MUTALIB

JAWATAN : PENOLONG PENGURUS

TARIKH BERKHIDMAT : 03 DISEMBER 2025