| Nama | : Nor Afiza Binti Mohd Yusof |
| Umur | : 27 tahun |
| Ahli | : 2020 |
Latar belakang
Pn.Afiza adalah seorang usahawan sepenuh masa secara atas talian dan luar talian.Kerana minat yang mendalam dan cenderung kearah bidang perniagaan beliau memulakan perniagaannnya secara kecil-kecilan di atas talian secara sambilan.Kini beliau telah menjadi agen beberapa produk sepenuh masa dan salah seorang usahawan atas talian yang aktif di media social Facebook,whatsapp.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Ketika tamat sekolah menengah penggunaan dan maklumat berkenaan ICT adalah sangat terhad bagi Afiza Sebelum adanya Pi masyarakat/komuniti sekitar tidak/kurang mengetahui perkembangan ICT semasa.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Kewujudan Pik telah banyak membantu masyarakat/komuniti setempat mengenali dan memulakan penggunaan ICT dalam pelbagai tujuan. Dengan menyertai keahlian Pik Pn.Afiza dapat menyertai kelas-kelas asas komputer yang dianjurkan pada ketika itu.