| Nama | : Nor Rabiatul Adawiyah Binti Suaini |
| Umur | : 28 tahun |
| Ahli | : 2016 |
Latar belakang
Cik Rabiatul Adawiyah adalah seorang usahwan atas talian sepenuh masa.Minat beliau dalam dunia perniagaan tidak dapat dinafikan lagi. Beliau menjalankan perniagaan tudung Souk dan Wawa wax.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum beliau terlibat dengan Pusat Internet, beliau hanya berniaga kecil-kecilan sahaja menggunakan telefon bimbitnya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau kini banyak menggunakan kemudahan di Pusat Internet Komuniti dan sering juga mengikut kelas-kelas usahawan yang dianjurkan.