mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN Q1_2_2019 – NURHAWA BINTI ZAINAL ABIDIN

USAHAWAN KUIH MUIH SEJUK BEKU

Nama : Norhawa Binti Zainal Abidin
Umur : 39 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Puan Norhawa adalah seorang usahawan sepenuh masa.Kerana minat yang mendalam terhadap perniagaan beliau memgambil keputusan menumpukan sepenuh masa terhadap perniagaannya.Anatara produk yang dihasilkan ialah pelbagai jenis kuih muih sejuk beku,Antara kuih sejuk beku yang dihasilkan ialah karipap,samosa,cucur badak,popia,dan lain-lain mengikut atas pemintaan pelanggan,Pn.Hawa telah mempromosikan produknya di media social whatsapp .Selain mengikuti kursus usahawan di PI Pn.Hawa juaga turut aktif mengikuti kursus-kursus lain iaitu Kursus Pengurusan & kebersihan,kursus pengurusan akaun usahawan Agro makanan,Kursus keusahawanan,pemasaran dan penampilan diri, ,Latihan pembetukan usahawan serta kursus pengendali makanan untuk menigkatkan lagi kualiti dan pengurusan produk beliau.Selepas beliau aktif mempromosikan produknya di media social pendapatan jualannya semakin meningkat setiap hari.Kini beliau salah seorang usahawan atas talian yang aktif di media social.Selepas beliau menggunakan teknik pemasaran secara online pendapatan setiap bulan telah meningkat daripada rm1000 sebulan kepada Rm2000 sebulan.Beliau bercita-cita untuk meluaskan lagi pasarannya ke seluruh negeri.

.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Ketika tamat sekolah menengah penggunaan dan maklumat berkenaan ICT adalah sangat terhad bagi Pn.Hawa Sebelum adanya PI masyarakat/komuniti sekitar tidak/kurang mengetahui perkembangan ICT semasa.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kewujudan PI telah banyak membantu masyarakat/komuniti setempat mengenali dan memulakan penggunaan ICT dalam pelbagai tujuan. Dengan menyertai keahlian PI Pn.Hawa dapat menyertai kelas-kelas asas komputer yang dianjurkan pada ketika itu.