mcmc
KeusahawananKisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN KELAS MAHIR JAHIT -Q4 2025 (PN ATIQAH BINTI ROSDI)

NAMAPN ATIKAH BINTI ROSDI
UMUR33 TAHUN
KELASMAHIR JAHIT

LATAR BELAKANG

Puan Atikah seorang surirumah sepenuh masa dan mempunyai seorang anak. Sebelum menyertai kelas menjahit, beliau mempunyai minat serkta kemahiran menjahit secara asas sahaja.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN NADI

Sebelum mengikuti kelas Mahir Jahit di NADI, beliau hanya mngetahui jahitan secara asas sahaja dan menjahit hanya sekadar hobi . Beliau menjahit pakaian ringkas untuk kegunaan sendiri dan anak, tetapi hasilnya kurang kemas.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN NADI

Selepas mengikuti kelas Mahir Jahit di NADI, Puan Atikah mula didedahkan kepada penggunaan ICT dalam perniagaan. Beliau telah mempelajari kaedah serta cara menjahit dengan lebih kemas serta menerima tempahan pakaian daripada komuniti. Beliau juga telah mendapat bimbingan daripada petugas untuk mengembangkan perniagaan lebih luas kepada jualan atas talian di Tiktok Shop dan Shopee. Beilau dapat menambah pendapatan melalui jualan di kedai Shopee, Tiktok serta jualan secara terus kepada pelanggan.