mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN Q1_1_2019 – NORAZILAH BINTI MUSTAFA

USAHAWAN TUDUNG BAWAL

 

Nama : Norazilah Binti Mustafa
Umur : 31 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Puan Norazilah  merupakan surirumah tangga sepenuh masa. Minat beliau pada perniagaan amat mendalam. Beliau hanya bermula dari menjadi agen kepada produk-produk sahaja sehingga satu masa beliau tergerak hati untuk melakukannya sendiri.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini, beliau hanya pergi meniru apa apa sahaja iklan yang berada di Facebook atau aplikasi whatapps.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas bergiat aktif mengikut kelas di Pusat Internet Kg Beruas beliau kini lebih kreatif dalam mempromosikan tudung keluarannya sendiri. Beliau jugak mahir dalam mengedit gambar-gambar produk keluarannya.