TARIKH : 11 APRIL 2026 (SABTU)
MASA : 10.00 PAGI – 11.30 PAGI
TEMPAT : NADI KG BERUAS
PESERTA : 4 ORANG
Program KidVenture telah dilaksanakan pada 11 April 2026 bertempat di NADI Kampung Beruas. Program ini dijalankan secara siaran langsung (live webinar) dengan penyertaan seramai 4 orang peserta.
Webinar ini membawakan tajuk “Operasi Perniagaan” yang bertujuan memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai asas pengurusan dan operasi dalam sesebuah perniagaan. Sepanjang sesi berlangsung, peserta didedahkan dengan konsep asas serta kepentingan pengurusan operasi yang teratur bagi memastikan kelancaran sesuatu perniagaan.
Secara keseluruhannya, program ini berjalan dengan lancar dan mendapat penyertaan yang baik. Diharapkan ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan oleh para peserta dalam meningkatkan pengetahuan dan minat terhadap bidang keusahawanan.