Maklumat Program
- Tempat: NADI Kampung Beruas
- Tarikh: 7 Mac 2026
- Masa : 10.00 – 11.00 pagi
Pengenalan
Program ini dijalankan sempena kempen internet selamat bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan komunikasi yang sihat dan beretika di alam siber.
Isi Kandungan
Sepanjang program, peserta telah didedahkan kepada:
- Kepentingan berkomunikasi secara sopan dan berhemah di media sosial.
- Risiko komunikasi tidak sihat seperti buli siber dan penyebaran maklumat palsu.
- Cara mengawal emosi dan menjaga etika semasa berinteraksi dalam talian.
Pelaksanaan
Program dilaksanakan secara dalam talian melalui sesi penerangan dan perbincangan interaktif. Peserta memberi kerjasama yang baik dan menunjukkan minat terhadap topik yang disampaikan.
Kesimpulan
Program ini berjaya meningkatkan kesedaran peserta tentang kepentingan komunikasi sihat di alam siber serta menggalakkan penggunaan internet secara positif dan bertanggungjawab.