Butiran Program:
Program : Cybersecurity – Live Webinar
Tajuk : Cara Menjaga Keselamatan CCTV dan WiFi Rumah Daripada Digodam
Tarikh : 9 April 2026 (Khamis)
Masa : 3.00 petang – 4.30 petang
Tempat : NADI Kampung Beruas
Kaedah Pelaksanaan : Dalam talian (Live Webinar)
Bilangan Peserta : 6 orang
Pengenalan:
Program ini dianjurkan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan keselamatan siber, khususnya dalam melindungi peranti rumah seperti CCTV dan rangkaian WiFi daripada ancaman penggodaman. Dengan peningkatan penggunaan teknologi dalam kehidupan seharian, aspek keselamatan digital menjadi semakin penting untuk diberi perhatian.
Objektif Program:
- Memberi pendedahan kepada peserta tentang risiko keselamatan siber berkaitan CCTV dan WiFi.
- Meningkatkan pengetahuan peserta mengenai langkah-langkah melindungi peranti daripada digodam.
- Mendidik peserta tentang amalan penggunaan internet yang selamat dan bertanggungjawab.
Pengisian Program:
Sepanjang webinar berlangsung, peserta telah didedahkan dengan pelbagai input penting berkaitan keselamatan siber, antaranya:
- Pengenalan kepada ancaman keselamatan siber di rumah
- Risiko penggunaan CCTV dan WiFi tanpa perlindungan yang mencukupi
- Cara menetapkan kata laluan yang kuat dan selamat
- Kepentingan menukar kata laluan secara berkala
Penyertaan:
Seramai 6 orang peserta telah menyertai program ini. Para peserta menunjukkan minat yang baik serta memberikan kerjasama sepanjang sesi berlangsung.
Kesimpulan:
Secara keseluruhannya, program ini berjaya dilaksanakan dengan lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan. Peserta memperoleh pengetahuan yang berguna berkaitan keselamatan CCTV dan WiFi serta lebih peka terhadap ancaman siber di persekitaran rumah.