mcmc
Aktiviti SemasaGaleri FotoKeusahawananKeusahawananLaporan AktivitiMaklumat Pi1MProduk Tempatan

BAZAR RAYA NADI 2026

BAZAR RAYA NADI 2026

Bazar Raya NADI telah berlangsung dengan meriah dan diadakan serentak di seluruh Malaysia pada 14 Mac 2026 (Sabtu), melibatkan semua NADI dalam usaha menyokong komuniti serta usahawan tempatan.

Program ini menampilkan pelbagai jualan daripada usahawan tempatan seperti makanan, minuman, pakaian raya, perhiasan dan kelengkapan Aidilfitri yang mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada masyarakat setempat. 🛍️✨

Selain itu, bazar ini turut dimeriahkan dengan aktiviti Program Pintar NADI yang memberi pendedahan kepada komuniti mengenai pembelajaran digital, teknologi dan kemahiran masa hadapan, khususnya kepada golongan kanak-kanak dan belia. 💻📚

Penganjuran program ini bukan sahaja membantu memeriahkan suasana Ramadan, malah turut menyokong perkembangan usahawan komuniti serta mengeratkan hubungan antara masyarakat setempat.

Terima kasih kepada semua pengunjung, usahawan dan pihak yang terlibat dalam menjayakan Bazar Raya NADI. Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.