mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI DISEMBER

PERTANDINGAN E-FOOTBALL MOBILE PERINGKAT NEGERI

Satu Pertandingan eFootball Mobile telah diadakan di NADI Kampung Beruas pada 26 Disember 2025. Pertandingan ini dianjurkan oleh NADI E-Sukan dengan tujuan menggalakkan penglibatan belia dalam aktiviti e-sukan secara sihat dan berdaya saing.

Pertandingan ini melibatkan seramai 5 orang peserta yang terdiri daripada pelajar dan ahli NADI. Program ini memberi pendedahan kepada peserta terhadap e-sukan serta membantu membina kemahiran strategi, fokus dan semangat kesukanan.

Secara keseluruhannya, pertandingan ini telah berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik daripada peserta, di samping mengeratkan hubungan sesama komuniti setempat.